Petikan dari Mahar Asmara
Seloka Mahar Asmara
Tidakku pulih jalan ini
Andainya aku tahu ia berliku
Tidakku pilih jalan ini
Andainya ia menyakitkan kita
Masih mekar diingatan
Saat kita disatukan
Masih segar dibenakku
Malam yang penuh misteri itu
Cinta ini bukanlah rebutan
izinkanlah aku pergi
Kerana aku tahu
Itulah mahumu
Maafkan diri ini
Kerana rasa cinta yang luhur
Cinta ini bukanlah mainan perasaan
Ia lahir nun jauh di sudut hatiku
Aku pergi bukan kerana kalah
Aku pergi bukan kerana takut
Aku pergi kerana cinta
Aku pergi kerana sayang
Maafku pinta sekali lagi
Jangan salahkan aku
Biar nyawa jadi taruhan
Cinta itu tetap disitu
Seloka Mahar Asmara adalah luahan rasa seorang isteri. Nur Laila yang setia mengabadikan dirinya untuk seorang suami. Dimanakah letaknya harga diri bila cinta jadi taruhan? Ke manakah kaki harus melangkah jika di hati Husni Azam tiada lagi tempat untuknya menabur kasih.
.:][:. adileah .:][:.
:: pada... Tuesday, May 23, 2006 ::
Permalink
Hari berganti hari
Siang berganti malam
Namun aku masih sendiri
Merintih dalam setiap nafasku
Menangis dalam setiap ketawaku
Bahagikah itu namanya...
Meraban aku dalam kegelapan
Mencari sang cahaya
Bahagikah aku dalam pencarian ini
Entah....
Sesungguhnya aku keliru
Oh Tuhan!!!
Bantulah aku...
Temanilah aku didalam setiap langkahku...
.:][:. adileah .:][:.
:: pada... Thursday, May 18, 2006 ::
Permalink
Kasih yang pernah tersemai
lalu berbunga indah
bagai musim bunga
yang tidak pernah tamat
kita ditakdirkan untuk bersama
lalu kasih yang sedang berbunga itu
dijaga dengan penuh rasa sayang
hingga memeteraikan satu janji
lalu kita bersepakat
ingin mencipta taman bunga
taman yang lebih indah
bak taman di kayangan
kata sepakat di ikat
janji dimeterai
siang tidak terasa terang
malam tidak terasa gelap
berjalan di daratan
seperti diawangan
rezeki yang disuap
lari entah kemana
masa semakin hampir
kad sudah ditempah
cantik dan indah
hasil ciptaan kita
gabungan dua hati satu jiwa
sungguh aku teruja
melihat kad yang begitu indah
Tuhan... restuilah kami
dalam perjalanan ini
.:][:. adileah .:][:.
:: pada... Wednesday, April 19, 2006 ::
Permalink
Hari berganti hari
Siang berganti malam
Namun aku masih sendiri
Merintih dalam setiap nafasku
Menangis dalam setiap ketawaku
Bahagikah itu namanya...
Meraban aku dalam kegelapan
Mencari sang cahaya
Bahagikah aku dalam pencarian ini
Entah....
Sesungguhnya aku keliru
Oh Tuhan!!!
Bantulah aku...
Temanilah aku didalam setiap langkahku...
.:][:. adileah .:][:.
:: pada... Monday, April 17, 2006 ::
Permalink